Sekiranya anda ingin menjadi seorang penghobi
atau penternak Betta profesional dan berpengetahuan sifat yang perlu ada ialah sentiasa
perihatin dengan kebajikan haiwan dan bertanggungawab. Anda juga seharusnya
berpengetahuan, mempunyai sifat penyayang dan ghairah dengan Betta yang
dipelihara.
·
Anda
harus menyedari bahawa Betta yang
ditangkap dari habitat semulajadi atau akan dibiakan dalam tangki destinasi
akhirnya ialah tangki akuarium. Walaupun ikan yang ditangkap dari habitat
semulajadi merupakan sumber boleh diperbaharui (renewable), adalah perlu diingat bahawa setengah spesies adalah
endemik atau hanya boleh diperolehi dari satu tempat itu sahaja di dunia ini.
Sebagai contohnya Betta persephone
dan B. coccina hanya boleh perolehi
di Paya Gambut di Pagoh, Johor juga B.
livida hanya ditemui di paya gambut tanjung Malim. Kita juga sedia maklum
bahawa habitat semulajadi ini sangatlah rapuh akibat persaingan yang sengit
dengan penerokaan tanah dan pembangunan kawasan pertanian;
·
Anda
harus mengetahui dan mengumpul sumber maklumat asal usul dan biologi Betta
peliharaan anda supaya arif dalam menyediakan keperluan penternakan sesuatu
spesies itu seperti keperluan mutu air, pH, jenis makanan yang sesuai untuk
sesuatu jenis ikan;
·
Menyediakan
akuarium yang sesuai dengan saiz Betta, lengkap dengan sistem penapisan,
pengudaraan, tempat persembunyian supaya Betta hidup dengan selesa di dalam tangki akuarium;
·
Betta
yang baru ditangkap dari habitat semula jadi perlu dikuarantin sebelum
dimasukkan ke dalam sistem pemeliharaan sebagai langkah pengawalan penyebaran
penyakit;
·
Tangki
ternakan mestilah ditutup supaya Betta liar tidak melompat keluar kerana ikan
yang baru ditangkap ini biasanya tidak selesa dengan suasana di dalam akuarium;
·
Air di
habitat asal Betta biasanya bersuhu rendah, oleh kerana itu suhu air tangki
ternakan mesti optimum dan sesuai untuk kehidupan Betta dan
·
Anda
perlu mempunyai sifat bertanggungjawab terhadap kepelbagaian bio spesies
tempatan. Sekiranya anda memelihara Betta eksotik (berasal dari luar negara,
termasuk Sabah dan Sarawak) anda tidak seharusnya melepaskan ikan yang anda
tidak kehendaki lagi ke ekosistem atau perairan tempatan. Adalah lebih dinasihatkan
supaya menghapuskan ikan yang tidak dikehendaki akibat sakit atau terlalu tua
dengan cara merendam dalam ais dan klorin dan kemudianya membakar atau menanam
untuk tujuan melupuskan ikan yang tidak dikehendaki.
Sebagai kesimpulannya kita perlu sedar
bahawa ikan bukanlah bahan yang boleh dilupuskan sesuka hati. Memandangkan
kebanyakan Betta diambil dari habitat semulajadi, kelestarian spesies itu
perlulah diambil kira. Untuk menjadi penghobi dan penternak yang bertanggungjawab,
berpengetahuan dan berkarisma, anda perlu mempelajari tabiat dan keperluan
setiap spesies yang anda ternak secara mendalam dan profesional.
No comments:
Post a Comment