Betta ialah
sejenis ikan hiasan yang tidak asing kepada penghobi ikan hiasan di seluruh
dunia. Di Malaysia dikenali sebagai ikan Laga,
di Indonesia sebagai Cupang dan Thailand sebagai Pla Kad. Di
setengah-setengah daerah di negara kita ikan ini pula dikenali sebagai ikan
Karim, ikan Tempala, ikan Laga atau Sepilai. Di Amerika Syarikat ikan ini
dikenali sebagai Betta sementara di UK dikenali sebagai Fighting fish. Satu jenis ikan tetapi namanya pelbagai. Dalam
kalangan masyarakat negara kita, umum sedia maklum bahawa Betta adalah sinonim
dengan ikan pelaga. Bagi tujuan mengelakan kekeliruan kerana nama panggilan
yang berbeza-beza ini, istilah Betta digunakan yang merujuk kepada ikan
tersebut. Kini istilah ikan Betta tidak asing dalam kalangan penghobi ikan
hiasan dan juga orang kebanyakan.
Menurut kajian
Etimologi atau kajian tentang asal usul perkataan, nama ikan Betta dikatakan
berasal dari perkataan melayu di selatan Siam iaitu , ‘ikan bettah’ yang
bermaksud tahan. Sesuai dengan kedaan fisiologi ikan ini yang tahan dan lasak,
nama saintifik ikan ini sebagai Betta
sp. telah dipilih oleh ahli taksonomi. Nama ikan ini ditulis dengan huruf
condong dan dimulai dengan huruf besar. Penamaan saintifik ikan ini sebenarnya
telah dibuat lebih seratus tahun lalu. Sememangnya logiknya apabila mengambil kira
penggunaan bahasa melayu sebagai lingua
franca di kebanyakkan negeri di Nusantara pada ketika itu, bahawa nama
Betta ini diambil daripada perkataan melayu iaitu Betah yang bermaksud 'tahan'.
Komuniti Betta anisea
Betta terdiri 2 jenis
iaitu Betta hiasan yang merujuk kepada spesies Betta splendens atau Pelaga Siam, yang begitu banyak terdapat dalam
pasaran. Betta liar pula dirujuk kepada pelbagai spesies Betta yang ditangkap
dari habitat semula jadi selain daripada Betta
splendens. Banyak spesies Betta liar di Asia Tenggara telah dijinak dan dibiakkan
di dalam kurungan oleh ramai penghobi. Betta liar ini sebenarnya telah menarik
ramai pencinta dan penghobi Betta dari seluruh dunia untuk datang ke lokasi
semula jadinya di Malaysia, Indonesia dan Thailand.
No comments:
Post a Comment